Kenshin Himura

Kenshin Himura

Wednesday 23 May 2012

Debat PTPTN...mana lebih relevan???

Assalamualaikum...



Pasti kita semua sedia maklum mengenai Debat PTPTN diantara Rafizi dan Khairy Jamaludin pada 22/5/12 yang lepas di mana segala jenis isu dikeluarkan dibincang dan diperdebatkan mengenai isu PTPTN yang semenja dua menjak ini dibangkitkan parti pembangkang...Ni penulis nak bagi link kepada live stream perdebatan tempoh hari:

                                              http://www.ustream.tv/recorded/22776957

entah lah adakah ini hanya permainan politik pembangkang dalam mencuri undi dengan membangkitkan perkara dan persoalan sedemikian.. ataupun memang kelemahan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam menangani dan menguruskan pinjaman PTPTN kepada masyarakat yang memerlukan supaya benar-benar telus dan amanah... PTPTN ini dijadikan isu kerana ianya membebankan lepasan ijazah dan diploma, dan terdapat sedikit insur riba di mana setiap pinjaman akan ada bunga, dan jika x dibayar akan ditambah bunga tersebut,,,(dah macam ah long laa)...isu ini juga dibangkitkan PKR kerana kebanyakan negara lain seperti GREECE FINLAND dan banyak lagi telah lama mengamalkan dasar pendidikan sacara percuma sejak dulu lagi...Namun!! Adakah ianya masih relevan dengan corak kemerosotan ekonomi sekarang???adakah pelajar akan menghargai ilmu memandangkan ianya akan dipelajari secara percuma???
Sepanjang perdebatan yang berlangsung, kedua-dua belah pihak saling membuka pekung terhadap satu sama lain...
Dari pihak PKR:


  1. PKR menuduh Barisan Nasional seleweng duit rakyat melalui penggunaan wang PETRONAS yang              bernilai berjuta-juta ringgit tetapi kesannya amat sedikit terhadap sektor pendidikan,
  2. Kerajaan tak mengutamakan sektor pendidikan sebagai penjana utama negara dengan memberi keutamaan kepada Projek-projek Mega Pembangunan, 
  3. Isu blacklist nama peminjam yang hanya beberapa ringgit ja pinjaman mereka dan tidak kes Dato Sharizad sekeluarga yang membuat pinjaman berjuta-juta ringgit yang masih x dibayar2 dan ada isu penyelewengan namun tiada tindakan blacklistt..main kroni ke??

Dari pihak BN :


  1. BN menunjukkan kegagalan PKR di negeri Selangor bukan dalam menepati segala janji-janji semasa pilihan raya yang lepas.
  2. BN menunjukkan Pakatan Rakyat x sependapat daam kes ini
  3. Dengan terhapusnya PTPTN ini, nasib IPTA akan terganggu dan mungkin akan ditutup sekiranya PTPTN ditukarkan kepada biasiswa. Mana PKR nak membela nasib IPTA ni??
  4. banyak lagi (kena tonton sendiri lah ye?)
Bagi pihak penulis sendiri perdebatan yang berlaku menunjukkan kedua-dua parti ni bukan lah bagus sangat..dengan adanya debat-debat yang mcm ni rakyat boleh tahu kebenaran...Rafizi dan Khairy.J memang power dalam debat..tp adakah apa yang didebatkan itu adalah apa yang sebenarnya yang terjadi? Pendebat ni hebat..siapa yang bergelar pendebat ni mahir memusing kata dan menyebabkan apa yang sepatutnya busuk itu menjadi wangi, hitam itu menjadi putih, kotor itu menjadi bersih...Bagi penulis KJ telah kalah dalam debat ini kerana kebanyakkan isinya lebih kepada menganjing2 si Rafizi ni,manakala Rafizi dilihat lebih banyak fakta dan lebih konkrit fakta-faktanya...anyway,siapa menang debat x semestinya isu yang disokong atau dibangkangnya itu betol...terpulang pada pendengar lain untuk menilai :)..masalah sekarang di negara kita ini adalah RASUAH!! Penulis percaya kedua-dua parti ada sebilangan kecil bilis2 dan jerung2 yang makan duit haram ni..sebab 2 ada ja orang nak mempertikai pentadbiran di Malaysia...marilah kita doa-doakan bersama supaya suasana politik dan negara kita aman dan tak akan dijajah oleh pengaruh asing dan tamak haloba pemimpin yang diamanahkan memimpin,...Penulis juga teruja dengan cabaran pengerusi majlis debat PTPTN tempoh hari yang mencabar perdebatan di antara Anwar Ibrahim dengan Dato Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 'pelan ekonomi negara'...xsabar nak tengok 2 orang kuat ni berdebat...Penulis dah tahu dah sapa yang akan menang :)


Friday 18 May 2012

Wrestling..Wrestling..Wrestling


Assalamualaikum...

Korang tawu x apa 2 wrestling aka gusti????? Mesti taw an?? kalau korg x tengok mesti ayah ataw abang korg pakcik korang sepupu korang pernah ajak korg tengok kan??? Penulis adalah seorang peminat gusti aka wrestling la mudah sebut sebab penulis pon selalu guna pkataan 2..kalau sesiapa yang pernah tengok wrestling pada tahun 90an dan awal milenium pasti pernah perasan satu benda..apa benda 2?? Pada waktu tu wrestling adalah di waktu kemuncaknya ataw dikenali sebagai "The Attitude Era".. pada zaman tu mcm2 la yang propaganda dorg...org jahat org baik..eventhough penulis tahu wrestling ni menipu jgk la..bukan semua stunt2 yang dorg buat 2 betol...sebagai contoh kalau dorg nak pukul an...kaki dorg ak hentak lantai dulu sbb tu bunyi kuat 2 padahal xda la kuat sgt dorg pukul...dulu ada satu mitos kawan2 ak selalu ckp.. hammer yang Triple H slalu pakai 2 dibuat daripada span...-____-" elok2 la...haha..tp ada jugak stunt yang dorg buat sampai penulis rasa mcm xmasuk akal jugak kalau dorg nk menipu contohnya time Rikishi kena buang dari atas 'Steel Cage' time 'Armageddon 2000'... 'Mankind' kena buang dari atas 'Steel Cage' jugak time 'King of the Ring' tahun 1998...dan banyak lagi la...mesti yang kaki kipas susah mati wrestling yang memang setia tengok setiap minggu ja nanti taw event2 ni...hahaha..Penulis memang gila-gila dulu tym kecik2 dulu...minat wrestling ni sampai p beli cd kat mall 2...hehe..kalau dekat rumah memang aku dengan adik ak mesti battle punya la... kebetulan time 2 kami ada katil yang xda kaki 2...memang xpayah risau sangat la kalau-kalau katil nak patah ke ape ke...hehehe..memang adik ak la jd mangsa...siap lompat dari atas almari lagi hahaha....

Penulis nak 'list out' beberapa wrestle yang memang bagi impak la dalam arena pergustian ni... tp lebih kepada apa yang penulis suka sebenarnya,,,kalau sebut ja nama dorg ni mesti mcm teringat balik la zaman kegemilangan gusti ni...sekarang pengusti ni dah xbanyak special nya...ikut org ja skil2 semua xda originality...mungkin pasal dah xda idea nk menipu orang kot..haha percayalah pada taste penulis ni...


Shawn Michael

Shawn Michael ni memang terkenal jugak la...mungkin sebab dya ni macam ala2 macho sikit...kalau dulu dya pernah banyak kali jugak menang title champion..tp bg pendapat penulis dya ni xda la kuat sangat..lemah ja tengok..pukui sekali dah jatuh..haha..nway dya memang legend..sebab mungkin pasal dya tahu mcm mana nk pikat penonton. :) markah penulis bagi (7.5/10)
Hulk Hogan
 Hollywood Hulk Hogan sapa xtaw memang tipu la...datuk penulis yang perkenalkan kat penulis dulu sebab tym mamat ni penulis xsempat nk tengok..gaya entrance yang suka koyak2 baju..memang banyak la stok baju dya..tiap2 kali masuk tiap2 kali nk koyak...haha...dya ni antara individu yang paling terkenal dalam gusti ni... fizikal pon kuat...gaya ada..tiptop...haha tapi still kalah dengan wrestler yang kat bawah ni... Markah penulis bagi kat mamat ni (9/10)
Ultimate Warrior
Ultimate Warrior..nii lah wrestler yang paling hyperaktif..try korang bukak youtube try cari nama dya...memang bersemangat habes...semua tali dya nk runtun..wrestler ni kalau dari segi fizikal memang xbleh nk dinafikan lagi..main lambung2 ja hulk hogan tu..haha..tp IQ rendah,, dya ni bebal sikit..of course dalam ni ja la kalau kat luar dya ok ja...ramai wrestler xsuka bertembung dgn dya dalam perlawanan..dya ni kurang sikit publisiti mungkin sebab jarang menang champion..berbanding dengan Hulk Hogan.. markah (9.3/10)

Big Show
Big Show...ni la atlet paling besar dalam kancah kesukanan...ni serius penulis cakap memang fakta dya ni rekod saiz terbesar..dulu ada sorg lagi yang besar nama dya Andre The Giant.. tapi dya ni lebih terkenal la...finishing move dya chop slam..tapi mamat ni besaq sgt..dia jadi lambat bergerak jdnya mudah kena pukul..tp kalau dya naik angin habes la hampa..memang dya pijak2 sampai lumat habes... Markah penulis bagi (7/10)

Triple H (HHH)
Triple H @ HHH, turut dikenali sebagai "The Game" atlet ini merupakan atlet wrestling yang agak berjaya la bagi penulis..dengan finishing move dya "Pedigree" (dah mcm makanan anjing plak)..memang mendominasi banyak pertandingan..antara atlet gusti yang berjaya..sering bawa watak antagonist..dan menantu kepada pemilik WWE, McMahon...dia ni dari segi fizikal memang mantap mcm ahli bina badan tp dya ni xda move2 yang menarik pon..agak stereotype untuk setiap perlawanan..showmanship pon setakat sembur2 air ja...haha.. markah penulis bagi (8/10)


The Undertaker
The Undertaker...ni lah atlet gusti yang paling sesat penah penulis tengok...daripada dulu sampai sekarang duk mcm pengamal ajaran sesat ayah pin dah penulis tengok..agak2 org yang duk tgok live tu mesti xtahan bau kemenyan mamat ni letak satu badan dya...hahaha..dya ni la baru true legend...unbeatable sepanjang sejarah kariernya Wrestlemania..finishing move dya "Tombstone" memang mengerikan...ditambah dengan finishing move lain "Last Rope", "Chop Slam" dan "Last Right"..kebanyakan atlet memang xnak lawan dgn mamat jahat ni...kuat kot!!! ikon antagonist sepanjang zaman sejarah wrestling...pernah melalui zaman permusuhan yang panjang dengan Stone Cold Steve Austin..bagi penulis Markahnya (9.5/10)

The Rock
The Rock..this is the peoples champ!! antara atlet gusti yang paling berjaya...dya ni merupakan atlet yang bermula dari bawah dan menjadi ikon gusti sepanjang zaman.. kebanyakan individu pasti mengenali The Rock sbb mamat ni selalu berlakon dan jadi hero dalam filem2 Hollywood. Dya ni bagi penulis antara atlet yang paling banyak showmanship...nk pukul org pon nak terketar2 mcm org gedik..nak angkat2 kening la..banyak ckp mngumpat orang semua...dya ni memang layak jadi champion..ada attitude and style...penulis suka dya ni..antara finishing move dya adalah "The peoples Elbow" dgan 'Rock Bottom'...saiz badan yang agak besar dan wajah macho...xsalah kalau penulis katakan dya ni mendapat ramai peminat..markah penulis bagi (9.5/10)

Stone Cold Steve Austin

Stone Cold Steve Austin..Texas Rattlesnake....hohoho..ni la penulis paling minat sekali..atlet ni kalau nak dibandingkan dengan semua2 tadi..dya ni la yang paling bawak banyak perubahan dalam industri pergustian...samada baik ataw jahat penulis sendiri pon xdapat nak teka dya ni mana satu...benyak kali menang kejuaraan champion. Dya ni telah melonjakkan publisiti dan market WWE dengan rekod penjualan item yang paling tinggi di bawah label nama Steve Austin..finishing move "Stone Cold Stunner" memang menyengat...dya sorang ja yang duk brani lawan semua org xkesah la kuat ka lemah ka...attitude memang teruk..nak tumbangkan mamat ni bukan senang...sejarah dya bermula sebagai 'Tag Team' kumpulan "Hollywood Blonde" (mamat ni blonde sebenarnya) masa tym WCW masih famous lagi tym 2...hmm..Markah penulis bagi (9.8/10)

Tuesday 15 May 2012

Penjajahan Kita...Menjajah Masa

Assalamualaikum, Bismillah.....

Penjajahan Palestin

  


    Anak2 muda pada zaman sekarang sudah tentu banyak menggunakan masa terluang mereka dengan lebih banyak hiburan. Penulis x menganggap perkara ini sebagai satu masalah besar kerana penulis sendiri memang amat memintai muzik dan tahu serba sedikit bermain gitar. Namun, kita dapat lihat kebanyakkan daripada anak-anak muda di Malaysia terlalu mengagungkan industri tersebut sehingga menjadikan kumpulan-kumpulan atau individu pemuzik itu sebagai idola dan contoh teladan mereka. Tahukah anda contoh terbaik sepanjang zaman dan wajib dijadikan idola umat islam adalah Rasululluh SAW?? Remaja zaman ini terlalu dikotori minda dengan pencemaran media. Terlalu banyak masa dibuang dengan perkara yang sia-sia... terlalu banyak fitnah kehidupan dan terlalu banyak juga yang menelannya hidup2...

Penjajahan Malaysia


Ramai yang terlupa tanggungjawab sebagai seorang Hamba Allah dan mengagung2kan wang, kedudukan, fashion, dan aset dunia sebagai harta dunia yang disangka yang mampu dibawa ke akhirat...ke remaja sekarang terlupa akan fakta bahawa even anak dan bini x akan dapat menolong anda di akhirat dan liang lahad kelak??? penjajahan oh penjajahan... ini belum penjajahan bumi Palestin dan Liga Arab pon kita dah tumbang....kau lihat ramai yang berFB?? ramai yang melepak?? ramai yang melangkah ke konsert2 GIGS?? ramai yang mensia-siakan setiap pointer universiti?? ramai yang xmampu menunaikan solat walaupun dirinya mampu untuk bermain sukan sampai berjam-jam lamanya?? ramai yang melakukan adegan sumbang dengan bukan mahram mengucap alhamdulillah bersyukur dan dikatakan nya ini adalah kehendak pengarah dan skrip??apa pula kehendak agama??? ramai yang mensiakn masa...penulis amat mengenali masa sejak bergelar seorang pelajar medik...masa terlalu pantas berlalu sehingga x disangka ianya telah 9 bulan melepasi sejak memulakan tahun ke 2 undergrade...masa itu emas...baru penulis tahu masa itu lebih berharga dari emas...jangan kita dah sampai usia yang lanjut baru kita nak terbongkok-bongkok ke masjid, mata yang dah kabur xdapat pula kita membaca al-Quran, otak yang dah kurang potensi baru kita nak mencari ilmu....anak-anak dah derhaka baru kita nk mendidik.... jangan jadikan diri kita seseorang yang rugi dengan masa...masa xpenah merugikan kita padahal kita yang merugikan masa....kerana kawan-kawan terbaik kita pon xakan dapat menghentikan masa kita untuk dijadikan ianya lebih bermakna. Jangan sampai kita dijajah Dajal baru kita nak terkontang kanting mencari Ilmu..kerana Ilmu Allah SWT itu telah wujud sejak kita belum mengenali siapa itu ibu.


Monday 14 May 2012

Nostalgia Sekolah Legend di Malaysia

    Penulis pasti hampir kebanyakan individu di negara ini telah menduduki tempat sebagai seorang pelajar. Dimulai dengan sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi atau asasi dan akhir sekali sebagai mahasiswa/siswi universiti atau kolej. Namun, bagi penulis rasanya zaman sekolah menengah adalah yang paling menjadi memori manis dan kenangan yang x dapat dilupakan. Mungkin kerana pada masa itu kita telah mampu berdikari, memahami keadaan sekeliling, kawan-kawan yang saling memahami,jiwa memberontak dan tempoh masa persekolahan yang panjang ( 5 tahun).

   Penulis ingin menceritakan tentang 3 buah sekolah elit di Malaysia yang dianggap mempunyai ranking sepanjang zaman a.k.a Well Known for their legacy during the past, present and the future. Pergilah ke mana saja pelusuk tanah air, pasti dikenali masyarakat. Amat nostalgik bagi setiap daripada bekas pelajarnya sehinggakan kebanyakkan daripada mereka termimpi-mimpi untuk kembali semula ke sekolah.  Bukan kecemerlangan ilmu yang diidamkan semasa zaman sekolah, but to enjoy each and every single second  as a student that we are proud of....Penulis berasal salah satu daripada sekolah-sekolah tersebut. :)

Soo..sekolah pertama yang ingin penulis ceritakan pada post kali ini adalah~~~~ ~ ~







Victoria Institution (V.I)
VICTORIA INSTITUTION


Victoria Institution atau dikenali sebagai V.I adalah salah satu daripada sekolah-sekolah Elit di Malaysia. Ditubuhkan pada 18 April 1893. Merupakan sekolah yang paling lama di Kuala Lumpur, Malaysia. Asalnya merupakan sebuah sekolah inggeris namun telah ditukar menjadi sebuah sekolah kebangsaan. Pelajarnya dikenali sebagai VICTORIAN.Merupakan all-boys secondary school. Nama VI adalah bersempena dengan zaman jubili Queens Victoria of United Kingdom. Merupakan sebuah sekolah yang amat terkenal bukan sahaja dalam pelajaran dan sukan malah sejarah penubuhan dan perjalanannya sebagai salah satu sekolah Elit sepanjang zaman. Sekolah ini pernah menjadi tapak penyerahan kuasa tentera Jepun semasa kalah dalam perang dunia ke-2 pada tahun 1945. 

Sudah tentu setiap sekolah mempunyai musuh tradisi nya yang tersendiri. Bagi Victorians musuh ketat sekolah ini adalah St.John's Institution dan Methodist Boy's School (Kuala Lumpur). Architecture banggunan sekolah ini juga adalah amat mengagumkan dengan seni bina Inggeris masih dikekalkan dan menjadi banggunan utama kepada sekolah ini.Mempunyai sebuah clock tower yang agak over disitu.. Terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka, sekolah ini telah menjadi salah satu daripada Heritage Building in Malaysia. Penulis amat kagum dengan sekolah ini kerana tradisi dan kekuatannya dalam segala sudut samada pelajaran ataupon aktiviti sukan dan luar bilik darjah. Biarpun penulis berasal daripada Penang, namun penulis dapat merasai aura sekolah ini hingga penulis pernah berhasrat untuk ke sekolah ini selepas tamat sekolah rendah.

Clock Tower of Victoria





Sekolah ke-2 yang penulis ingin ceritakan di sini adalah salah satu sekolah yang amat terkenal di Malaysia. Mungkin kerana tradisinya atau pun kerana namanya sahaja...




Malay College Kuala Kangsar
MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

Malay College Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah elit yang terkenal sejak penubuhannya pada tahun 2 January 1905. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah all-malay-boys  school. Sekolah ini telah dianugerahkan sebagai sekolah paling berprestij oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mungkin kerana Menteri Kementerian pada ketika itu, Yang Berbahagia Dato' Seri Hisyammudin Tun Hussein merupakan bekas pelajar sekolah itu..hahaha..xpela...penulis x kesah pon...
Sekolah ini pada asalnya dinamakan sebagai Malay Residential School sebelum ditukarkan kepada MCKK. Bertujuan untuk menyediakan sebuah sekolah yang sesuai kepada orang tempatan pada ketika itu(1904). Namun pun begitu ianya hanyalah untuk golongan kelas atasan Golongan Melayu seperti golonagn istana dan yang mempunyai pengaruh dalam pentadbiran Inggeris pada suatu ketika dahulu. Sekolah ini ditubuhkan bawah persetujuan bersama Sultan Pahang, Sultan Selangor, Sultan Negeri Sembilan dan Sultan Perak.
W Hargreaves (Pengetua Penang Free School) dilantik sebagai pengetua pertama pada 1905, mungkin sebab Penang Free dah Power dan xpayah pengetua dah kot tym 2...hahah just kidding. Senibina banggunan ini adalah lebih moden dengan banggunan utamanya dikenali sebagai BIG SCHOOL dan mempunyai sebuah clock tower dan berkonsepkan GRECO-ROMAN architecture.

Sekolah ini mempunyai pasukan rugby dan bola yang kuat, pancaragamnya juga adalah antara yang terbaik di Malaysia..dan sering menjadi johan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.


Kolej ini juga telah melahirkan anak seni yang amat terkenal dalam dunia seni muzik underground tanah air.. THE BUTTERFINGERS...
ButterfingersThe Band

Daaaaannnnnn..akhir sekali sekolah yang ketiga yang boleh dikategorikan sekali dalam The Group Of Elite School in Malaysia of ALL--TIMMMMMEEEE LEGEEEEENNDDDDD..hahaha melampau..this is the last school..this is my school, and this is where i started to know the begining.. 

The Penang Free School.

Penang Free School

Terkenal dengan jolokan nama 'The Old Grandlady' ,Penang Free School ditubuhkan pada 21 Oktober 1816...Merupakan sekolah  tertua di Asia Tenggara dan merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan untuk semua golongan samada Melayu, Cina , India, Inggeris. Diberikan nama Penang Free adalag bertujuan untuk menonjolkan fungsinya sebagai institusi pengajian tanpa mengira bangsa atau kasta dalam masyarakat. Ilmu yang dipelajari adalah untuk semua golongan. Sekolah ini telah ditubuhkan oleh Rev. Sparke Hutchings di Pulau Pinang, Malaya. Pengetua pertamanya adalah Mr James Cox (1816-1821). Banggunan Asalnya adalah di Farquhar Street yang kini telah dijadikan Muzium Pulau Pinang. Pada tahun 1928 Penang Free School telah berpindah ke banggunan Inggeris di Jalan Masjid Negeri yang merupakan bekas tapak penjara pejuang-pejuang Komunis yang menentang Kerajaan Inggeris ketika itu, ianya kukuh sehinggalah ke hari ini atas sebab pertambahan bilangan  pelajar dan guru. Penang Free School merupakan sekolah pioneer dan menjadi asas dan contoh kepada sekolah-sekolah selepasnya . Kecemerlangan para pelajarnya yang merupakan cream-of the-cream in the country tidak dapat disangkal lagi.
Excerpts of the original charter: 
"That it will be the first object of the Institution to provide for the Education of such children as would be otherwise, brought up in idleness and consequent vice, and without any means of obtaining instruction either in useful learning or in any manual employment, and to implant in them in the early habits of industry, order and a good conduct." -—from "The Original Plan of the Establishment of Prince of Wales Island, Free School, 1816".

Motto sekolah ini adalah 'Fortis Atque Fidelis' iaitu bermaksud 'strong and faithfull' dalam bahasa latin, warna tema nya adalah 'Azure' (sky blue)The background colour of the crest is sky blue (azure), which is the school's colour. Pelajarnya dikenali sebagai 'Frees' manakala bekas pelajarnya 'Old Frees'

Lencana Armor mempunyai pelbagai maksud:
  • Middle chiefA white tower: signifies the qualities of strength and truthfulness.
  • Dexter chiefNumeral 18: the first two digits of the year the school was founded (1816).
  • Sinister chiefNumeral 16: The last two digits of the year the school was founded (1816).
  • Dexter basePalm tree: represents the State of Penang, also signifies the fertility of the mind.
  • Sinister baseA gold lion rampant supporting a flag: signifies the preservation of the tradition and high ideals of the school.

Penang Free juga terkenal dengan pasukan Hoki dan Kriket dan sering menjadi johan dalam kebanyakan pertandingan. Banggunannya juga merupakan 'Heritage Building' in Malaysia. Antara tokoh-tokoh yang telah menjadi produk asal Penang Free School adalah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri P.Ramlee, Dato' Eddy Chong dan ramai lagi.
pintu gerbang

Banggunan Asal Penang Free (1816-1928)


Banggunan Baru Penang Free (1928-kini)



Penuntut Penang Free School


Penulis tidak meletakkan sebarang ranking kerana ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai kelebihan masing-masing....perkongsian ini adalah daripada pendapat pihak penulis sendiri..harap tiada terasa hati yeeehh??
Anyway....Im a Frees..."Once a Frees always a Frees"

Thursday 10 May 2012

Apa Makanan Tersedap Kat Penang Noh?

Assalamualaikum...bismillah,
KOMTAR, Pulau Pinang

Tau tak hampa? Penulis berasal dari Pulau Pinang????hehehe....Selain daripada KOMTAR dan Bukit Bendera yang duk tepacak kat pulau ni ,Penang ni dia punya makan paling sedap habaq mai kat hangpa semua..Kalau sehari orang Penang expecially orang remaja-remaja ni la kalau tak keluaq pi makan mana2 ka ataw pi minum teh tarik secawan kat kedai mamak kat Penang ni memang xbleh tahan... Ni pendapat penulis la...kalau orang2 luaq ni kalau mai Penang hanya singgah kedai nasik kandaq ja..tp padahai macam2 lagi makanan yang femes2 kat Pulau 2...pi mai pi mai 'Restoran Nasik Kandaq Line Clear' 2 pon sebab duk slalu masuk TV..ni nak habaq mai kat hampa..kalau hampa singgah2 ka melawat Penang ka jangan lupa noh pi pekena kat spot2 makanan tebaik kat dunia ni....ni Penulis punya pendapat la...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Restoran Nasik Kandar Line Clear
1) Restoran Nasik Kandar Line Clear
-Restoran ni terletak di 'Jalan Penang' berhadapan dengan MYDIN dan berdekatan dengan KOMTAR,Georgetown,,.dekat sangat dengan pusat bandar..apa yang bes??ni la satu-satunya kedai yang penulis jumpa bubuh sambai belacan dalam nasik kandaq dia (xdenya org nk letak sambal dalam nasik kandaq)..nasik dia pon memang sedap.. serius x tipu...cuba try, but then..kedainya tak la segah namanya yang memang dah femes ni..its just a small restaurant, hampa semua kena la bukak mata besaq2 noh nk cari kedai ni!!

Restoran Nasik Kandar Beratur
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) Restoran Nasik Kandar Beratur a.k.a Liyaqat Ali
-Restoran ni terletak di 'Jalan Chulia' betol2 bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling..memang hanya orang Penang ja akan taw..sebab apa??sebabnya dya bukak pukul 9pm-4am..jadinya kalau tourist datang memang dorg akan terlepas pandang kedai ni...Ni la kedai yang paling membuatkan penulis rasa STREEESSSSS teramat sangat, sebab line beratur dia yang amat panjang sepanjang malam..datang la pukul brapa pon..mesti kena beratoq jugak..haiisss,..tapi nasik kandaq dya memang terbaik laa..penulis jarang mai kedai ni sebab jauh sikit dari rumah..but then still worth it..lebih ok la dari Line Clear td.. kedai ni jugak still kekalkan tradisi nasik kandaq ni..tau apa dya??? kalau dya nak bawak mai lauk dya ataw nasik dya...pekerja dya akan jalan berkandar kan lauk2 tersebut...penulis nampak sendiri kot..style x?

panjang kaw punya (STRESS ak)

Hensem ann??an???
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


3) Restoran Padang Broom
-Tempat ni agak terselindung la letaknya..Astaka Padang Broom ni memang akan selalu penuh pada waktu malam sebab macam2 ada kat sini..penulis hanya akan datang dengan family ja kat sini..selalunya akan makan Pasembur Rojak...kenapa penulis x mention tentang Pasembur kat Padang Kota Lama ataw di Gurney Drive?? sebabnya..pasembur kat sini sedap, murah, dan x mencekik darah orang even pelancong.. selain dari pasembur memang kat sini memang pelbagai jenis makan ada..yang Famous????

celup-celup, laksa Penang, Ais Kacang..just name it..sesuai la untuk bawak ahli keluarga datang sini..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kassim Mustafa Jeti

4) Restoran Nasik Minyak Kassim Mustafa
-Ni memang kedai legend laa bagi ak,,,daripada kecik sampai sekarang ak duk pi lagi kedai ni..nasik minyak dya memang mcm kenduri, dengan aromanya, sambal nyok(kelapa), ayam besaq, daging perrrhh meleleh la....memang speciality kedai ni memang masakan nasik minyak, harga berpatutan, banyak cawangan Kassim Mustafa ni.. tapi still penulis bagi cawangan dya yang paling awak sekali.. muahaha...Kassim Mustafa Cawangan Jeti, Pulau Pinang terletak berhadapan dengan Balai Bomba Jeti...
Kini xpayah tunggu orang kawen baru nk makan nasik minyak..sini sudah...





Belemoih aih mamak ni buat kerja


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kapitan Quensbay Mall

5) Nasi Beriyani & Roti Nan Restoran Nasi Kandar Kapitan
-Kedai ni terletak di Queensbay Mall, Penang..memang orang Penang taw sebagai kedai nasik beriyani yang tersedap..xmahal pon..ok2 la..cuma yang uniknya nasik beriyaninya dihidang dalam pinggan claypot yang agak unik la bagi penulis ('Beriyani Claypot' nama diberi)...roti nan dya pon bermacam-macam jenis..memang sedap..memang terasa mcm nak balik Penang ja penulis sekarang ni (curently in Kelantan)..untuk sapa-sapa yang sampai Penang..jgn lupa noh???
--------------------------
-------------------------------------------------
--------------------------------

HAAAA.....banyak an tempat???tapi ada lagi..terasa penat plak penulis nk listkan..mcm penulis cakap td, Penang ni merupakan 'Food Heaven' , memang putus lah jari penulis ni nak list semua sekali, but then semua yang penulis list kan ni adalag kedai-kedai ataw spot2 yang good, famous, affordable dan wajib dikunjungi..hehe..semoga kalian pembaca dapat sampai ke Penang, even kalau x pergi ke kedai-kedai makan yang penulis cakap di atas pon xpa..janji korang sampai jugak ke negeri tumpah tanah airku ini...Pulau Pinang Pulau Mutiara, I just miss u so much...SALAM semua








Wednesday 9 May 2012

Guitarra de Música.

Tahukah kalian muzik merupakan satu bentuk seni audio. Digubah oleh seorang komposer .
Dimainkan oleh pemuzik. Terdapat banyak aliran seni muzik yang ada di dunia ini dan pelbagai alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan getaran bunyi yang dapat memberi kesan kepada yang mendengarnya. Namun pun begitu pada zaman ini banyak masyarakat lebih menghargai suara seorang penyanyi berbanding nilai kreativiti seorang pemuzik dalam sesebuah karya. Kerana bagi penulis pemain muzik atau bermain alat muzik itu lebih memerlukan seni dan tahap teknikal yang tinggi.


Oleh itu, penulis ingin menceritakan tentang 'musical instrument' yang paling kuat pengaruhnya pada zaman ini iaitu:~~~~~>GITAR


 Gitar merupakan satu alat muzik yang paling versatile selepas piano dan paling banyak diguna pakai dalam kebanyakan skor atau 'music sheet'. Pelbagai Genre yang dapat dimainkan oleh alat muzik ini seperti Jazz, Rock, Metal, Akustik, Blues, Country, Jawa, Melayu Tradisonal, Flamenco, Raggae, dan bermacam lagi. kalau nk dibandingkan dengan Violin, Cello, Brass(Trumpet,Horn) memang xdapat dinafikan Gitar memang lebih maju dalam semua genre.
Terdapat pelbagai jenis gitar, antaranya:






1.Flamenco Guitar = fred yang lebih pendek dan tali nylon digunakan sebagai ganti kepada tali asal gitar.
Banyak dimainkan dalam lagu-lagu sepanyol dan mexicans.




2.Akustik Guitar=gitar ini adalah yang paling digemari dan mudah didapati. menggunakan tali tangsi.


3.Classical guitar= Gitar ini banyak digunakan dalam persembahan classical atau okestra yang memainkan lagu-lagu klasik.Juga turut menggunakan tali nylon sebagai ganti kepada tali tangsi.




4.Electric Guitar= Guitar ini adalah yang paling versatile dengan pelbagai attachment of 'pedal effect' yang dapat mempelbagaikan variasi bunyi yang dapat dikeluarkan oleh gitar ini. Banyak digunakan dalam persembahan muzik bergenre Rock, Heavy Metal, Punk Rock, Rock n' Roll. 




5.12th string guitar= keunikan guitar ini adalah mempunyai 12 tali tangsi sebagai tali gitar. bebrbeza dengan gitar2 lain yang hanya ada 6 tali...gitar ini mengeluarkan nada yag lebih harmony dan unik..dan selalunya dimainkan untuk lagu-lagu balada,akustik dan solo song .kerana sekiranya dimainkan dalam muzik rock atau metal keunikan bunyi doube stringnya xkan dapat didengari dengan jelas