Kenshin Himura

Kenshin Himura

Monday 14 May 2012

Nostalgia Sekolah Legend di Malaysia

    Penulis pasti hampir kebanyakan individu di negara ini telah menduduki tempat sebagai seorang pelajar. Dimulai dengan sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi atau asasi dan akhir sekali sebagai mahasiswa/siswi universiti atau kolej. Namun, bagi penulis rasanya zaman sekolah menengah adalah yang paling menjadi memori manis dan kenangan yang x dapat dilupakan. Mungkin kerana pada masa itu kita telah mampu berdikari, memahami keadaan sekeliling, kawan-kawan yang saling memahami,jiwa memberontak dan tempoh masa persekolahan yang panjang ( 5 tahun).

   Penulis ingin menceritakan tentang 3 buah sekolah elit di Malaysia yang dianggap mempunyai ranking sepanjang zaman a.k.a Well Known for their legacy during the past, present and the future. Pergilah ke mana saja pelusuk tanah air, pasti dikenali masyarakat. Amat nostalgik bagi setiap daripada bekas pelajarnya sehinggakan kebanyakkan daripada mereka termimpi-mimpi untuk kembali semula ke sekolah.  Bukan kecemerlangan ilmu yang diidamkan semasa zaman sekolah, but to enjoy each and every single second  as a student that we are proud of....Penulis berasal salah satu daripada sekolah-sekolah tersebut. :)

Soo..sekolah pertama yang ingin penulis ceritakan pada post kali ini adalah~~~~ ~ ~







Victoria Institution (V.I)
VICTORIA INSTITUTION


Victoria Institution atau dikenali sebagai V.I adalah salah satu daripada sekolah-sekolah Elit di Malaysia. Ditubuhkan pada 18 April 1893. Merupakan sekolah yang paling lama di Kuala Lumpur, Malaysia. Asalnya merupakan sebuah sekolah inggeris namun telah ditukar menjadi sebuah sekolah kebangsaan. Pelajarnya dikenali sebagai VICTORIAN.Merupakan all-boys secondary school. Nama VI adalah bersempena dengan zaman jubili Queens Victoria of United Kingdom. Merupakan sebuah sekolah yang amat terkenal bukan sahaja dalam pelajaran dan sukan malah sejarah penubuhan dan perjalanannya sebagai salah satu sekolah Elit sepanjang zaman. Sekolah ini pernah menjadi tapak penyerahan kuasa tentera Jepun semasa kalah dalam perang dunia ke-2 pada tahun 1945. 

Sudah tentu setiap sekolah mempunyai musuh tradisi nya yang tersendiri. Bagi Victorians musuh ketat sekolah ini adalah St.John's Institution dan Methodist Boy's School (Kuala Lumpur). Architecture banggunan sekolah ini juga adalah amat mengagumkan dengan seni bina Inggeris masih dikekalkan dan menjadi banggunan utama kepada sekolah ini.Mempunyai sebuah clock tower yang agak over disitu.. Terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka, sekolah ini telah menjadi salah satu daripada Heritage Building in Malaysia. Penulis amat kagum dengan sekolah ini kerana tradisi dan kekuatannya dalam segala sudut samada pelajaran ataupon aktiviti sukan dan luar bilik darjah. Biarpun penulis berasal daripada Penang, namun penulis dapat merasai aura sekolah ini hingga penulis pernah berhasrat untuk ke sekolah ini selepas tamat sekolah rendah.

Clock Tower of Victoria





Sekolah ke-2 yang penulis ingin ceritakan di sini adalah salah satu sekolah yang amat terkenal di Malaysia. Mungkin kerana tradisinya atau pun kerana namanya sahaja...




Malay College Kuala Kangsar
MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

Malay College Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah elit yang terkenal sejak penubuhannya pada tahun 2 January 1905. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah all-malay-boys  school. Sekolah ini telah dianugerahkan sebagai sekolah paling berprestij oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mungkin kerana Menteri Kementerian pada ketika itu, Yang Berbahagia Dato' Seri Hisyammudin Tun Hussein merupakan bekas pelajar sekolah itu..hahaha..xpela...penulis x kesah pon...
Sekolah ini pada asalnya dinamakan sebagai Malay Residential School sebelum ditukarkan kepada MCKK. Bertujuan untuk menyediakan sebuah sekolah yang sesuai kepada orang tempatan pada ketika itu(1904). Namun pun begitu ianya hanyalah untuk golongan kelas atasan Golongan Melayu seperti golonagn istana dan yang mempunyai pengaruh dalam pentadbiran Inggeris pada suatu ketika dahulu. Sekolah ini ditubuhkan bawah persetujuan bersama Sultan Pahang, Sultan Selangor, Sultan Negeri Sembilan dan Sultan Perak.
W Hargreaves (Pengetua Penang Free School) dilantik sebagai pengetua pertama pada 1905, mungkin sebab Penang Free dah Power dan xpayah pengetua dah kot tym 2...hahah just kidding. Senibina banggunan ini adalah lebih moden dengan banggunan utamanya dikenali sebagai BIG SCHOOL dan mempunyai sebuah clock tower dan berkonsepkan GRECO-ROMAN architecture.

Sekolah ini mempunyai pasukan rugby dan bola yang kuat, pancaragamnya juga adalah antara yang terbaik di Malaysia..dan sering menjadi johan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.


Kolej ini juga telah melahirkan anak seni yang amat terkenal dalam dunia seni muzik underground tanah air.. THE BUTTERFINGERS...
ButterfingersThe Band

Daaaaannnnnn..akhir sekali sekolah yang ketiga yang boleh dikategorikan sekali dalam The Group Of Elite School in Malaysia of ALL--TIMMMMMEEEE LEGEEEEENNDDDDD..hahaha melampau..this is the last school..this is my school, and this is where i started to know the begining.. 

The Penang Free School.

Penang Free School

Terkenal dengan jolokan nama 'The Old Grandlady' ,Penang Free School ditubuhkan pada 21 Oktober 1816...Merupakan sekolah  tertua di Asia Tenggara dan merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan untuk semua golongan samada Melayu, Cina , India, Inggeris. Diberikan nama Penang Free adalag bertujuan untuk menonjolkan fungsinya sebagai institusi pengajian tanpa mengira bangsa atau kasta dalam masyarakat. Ilmu yang dipelajari adalah untuk semua golongan. Sekolah ini telah ditubuhkan oleh Rev. Sparke Hutchings di Pulau Pinang, Malaya. Pengetua pertamanya adalah Mr James Cox (1816-1821). Banggunan Asalnya adalah di Farquhar Street yang kini telah dijadikan Muzium Pulau Pinang. Pada tahun 1928 Penang Free School telah berpindah ke banggunan Inggeris di Jalan Masjid Negeri yang merupakan bekas tapak penjara pejuang-pejuang Komunis yang menentang Kerajaan Inggeris ketika itu, ianya kukuh sehinggalah ke hari ini atas sebab pertambahan bilangan  pelajar dan guru. Penang Free School merupakan sekolah pioneer dan menjadi asas dan contoh kepada sekolah-sekolah selepasnya . Kecemerlangan para pelajarnya yang merupakan cream-of the-cream in the country tidak dapat disangkal lagi.
Excerpts of the original charter: 
"That it will be the first object of the Institution to provide for the Education of such children as would be otherwise, brought up in idleness and consequent vice, and without any means of obtaining instruction either in useful learning or in any manual employment, and to implant in them in the early habits of industry, order and a good conduct." -—from "The Original Plan of the Establishment of Prince of Wales Island, Free School, 1816".

Motto sekolah ini adalah 'Fortis Atque Fidelis' iaitu bermaksud 'strong and faithfull' dalam bahasa latin, warna tema nya adalah 'Azure' (sky blue)The background colour of the crest is sky blue (azure), which is the school's colour. Pelajarnya dikenali sebagai 'Frees' manakala bekas pelajarnya 'Old Frees'

Lencana Armor mempunyai pelbagai maksud:
  • Middle chiefA white tower: signifies the qualities of strength and truthfulness.
  • Dexter chiefNumeral 18: the first two digits of the year the school was founded (1816).
  • Sinister chiefNumeral 16: The last two digits of the year the school was founded (1816).
  • Dexter basePalm tree: represents the State of Penang, also signifies the fertility of the mind.
  • Sinister baseA gold lion rampant supporting a flag: signifies the preservation of the tradition and high ideals of the school.

Penang Free juga terkenal dengan pasukan Hoki dan Kriket dan sering menjadi johan dalam kebanyakan pertandingan. Banggunannya juga merupakan 'Heritage Building' in Malaysia. Antara tokoh-tokoh yang telah menjadi produk asal Penang Free School adalah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri P.Ramlee, Dato' Eddy Chong dan ramai lagi.
pintu gerbang

Banggunan Asal Penang Free (1816-1928)


Banggunan Baru Penang Free (1928-kini)



Penuntut Penang Free School


Penulis tidak meletakkan sebarang ranking kerana ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai kelebihan masing-masing....perkongsian ini adalah daripada pendapat pihak penulis sendiri..harap tiada terasa hati yeeehh??
Anyway....Im a Frees..."Once a Frees always a Frees"

1 comment: