Kenshin Himura

Kenshin Himura

Thursday 10 May 2012

Apa Makanan Tersedap Kat Penang Noh?

Assalamualaikum...bismillah,
KOMTAR, Pulau Pinang

Tau tak hampa? Penulis berasal dari Pulau Pinang????hehehe....Selain daripada KOMTAR dan Bukit Bendera yang duk tepacak kat pulau ni ,Penang ni dia punya makan paling sedap habaq mai kat hangpa semua..Kalau sehari orang Penang expecially orang remaja-remaja ni la kalau tak keluaq pi makan mana2 ka ataw pi minum teh tarik secawan kat kedai mamak kat Penang ni memang xbleh tahan... Ni pendapat penulis la...kalau orang2 luaq ni kalau mai Penang hanya singgah kedai nasik kandaq ja..tp padahai macam2 lagi makanan yang femes2 kat Pulau 2...pi mai pi mai 'Restoran Nasik Kandaq Line Clear' 2 pon sebab duk slalu masuk TV..ni nak habaq mai kat hampa..kalau hampa singgah2 ka melawat Penang ka jangan lupa noh pi pekena kat spot2 makanan tebaik kat dunia ni....ni Penulis punya pendapat la...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Restoran Nasik Kandar Line Clear
1) Restoran Nasik Kandar Line Clear
-Restoran ni terletak di 'Jalan Penang' berhadapan dengan MYDIN dan berdekatan dengan KOMTAR,Georgetown,,.dekat sangat dengan pusat bandar..apa yang bes??ni la satu-satunya kedai yang penulis jumpa bubuh sambai belacan dalam nasik kandaq dia (xdenya org nk letak sambal dalam nasik kandaq)..nasik dia pon memang sedap.. serius x tipu...cuba try, but then..kedainya tak la segah namanya yang memang dah femes ni..its just a small restaurant, hampa semua kena la bukak mata besaq2 noh nk cari kedai ni!!

Restoran Nasik Kandar Beratur
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) Restoran Nasik Kandar Beratur a.k.a Liyaqat Ali
-Restoran ni terletak di 'Jalan Chulia' betol2 bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling..memang hanya orang Penang ja akan taw..sebab apa??sebabnya dya bukak pukul 9pm-4am..jadinya kalau tourist datang memang dorg akan terlepas pandang kedai ni...Ni la kedai yang paling membuatkan penulis rasa STREEESSSSS teramat sangat, sebab line beratur dia yang amat panjang sepanjang malam..datang la pukul brapa pon..mesti kena beratoq jugak..haiisss,..tapi nasik kandaq dya memang terbaik laa..penulis jarang mai kedai ni sebab jauh sikit dari rumah..but then still worth it..lebih ok la dari Line Clear td.. kedai ni jugak still kekalkan tradisi nasik kandaq ni..tau apa dya??? kalau dya nak bawak mai lauk dya ataw nasik dya...pekerja dya akan jalan berkandar kan lauk2 tersebut...penulis nampak sendiri kot..style x?

panjang kaw punya (STRESS ak)

Hensem ann??an???
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


3) Restoran Padang Broom
-Tempat ni agak terselindung la letaknya..Astaka Padang Broom ni memang akan selalu penuh pada waktu malam sebab macam2 ada kat sini..penulis hanya akan datang dengan family ja kat sini..selalunya akan makan Pasembur Rojak...kenapa penulis x mention tentang Pasembur kat Padang Kota Lama ataw di Gurney Drive?? sebabnya..pasembur kat sini sedap, murah, dan x mencekik darah orang even pelancong.. selain dari pasembur memang kat sini memang pelbagai jenis makan ada..yang Famous????

celup-celup, laksa Penang, Ais Kacang..just name it..sesuai la untuk bawak ahli keluarga datang sini..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kassim Mustafa Jeti

4) Restoran Nasik Minyak Kassim Mustafa
-Ni memang kedai legend laa bagi ak,,,daripada kecik sampai sekarang ak duk pi lagi kedai ni..nasik minyak dya memang mcm kenduri, dengan aromanya, sambal nyok(kelapa), ayam besaq, daging perrrhh meleleh la....memang speciality kedai ni memang masakan nasik minyak, harga berpatutan, banyak cawangan Kassim Mustafa ni.. tapi still penulis bagi cawangan dya yang paling awak sekali.. muahaha...Kassim Mustafa Cawangan Jeti, Pulau Pinang terletak berhadapan dengan Balai Bomba Jeti...
Kini xpayah tunggu orang kawen baru nk makan nasik minyak..sini sudah...





Belemoih aih mamak ni buat kerja


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kapitan Quensbay Mall

5) Nasi Beriyani & Roti Nan Restoran Nasi Kandar Kapitan
-Kedai ni terletak di Queensbay Mall, Penang..memang orang Penang taw sebagai kedai nasik beriyani yang tersedap..xmahal pon..ok2 la..cuma yang uniknya nasik beriyaninya dihidang dalam pinggan claypot yang agak unik la bagi penulis ('Beriyani Claypot' nama diberi)...roti nan dya pon bermacam-macam jenis..memang sedap..memang terasa mcm nak balik Penang ja penulis sekarang ni (curently in Kelantan)..untuk sapa-sapa yang sampai Penang..jgn lupa noh???
--------------------------
-------------------------------------------------
--------------------------------

HAAAA.....banyak an tempat???tapi ada lagi..terasa penat plak penulis nk listkan..mcm penulis cakap td, Penang ni merupakan 'Food Heaven' , memang putus lah jari penulis ni nak list semua sekali, but then semua yang penulis list kan ni adalag kedai-kedai ataw spot2 yang good, famous, affordable dan wajib dikunjungi..hehe..semoga kalian pembaca dapat sampai ke Penang, even kalau x pergi ke kedai-kedai makan yang penulis cakap di atas pon xpa..janji korang sampai jugak ke negeri tumpah tanah airku ini...Pulau Pinang Pulau Mutiara, I just miss u so much...SALAM semua








No comments:

Post a Comment