Kenshin Himura

Kenshin Himura

Wednesday, 23 May 2012

Debat PTPTN...mana lebih relevan???

Assalamualaikum...



Pasti kita semua sedia maklum mengenai Debat PTPTN diantara Rafizi dan Khairy Jamaludin pada 22/5/12 yang lepas di mana segala jenis isu dikeluarkan dibincang dan diperdebatkan mengenai isu PTPTN yang semenja dua menjak ini dibangkitkan parti pembangkang...Ni penulis nak bagi link kepada live stream perdebatan tempoh hari:

                                              http://www.ustream.tv/recorded/22776957

entah lah adakah ini hanya permainan politik pembangkang dalam mencuri undi dengan membangkitkan perkara dan persoalan sedemikian.. ataupun memang kelemahan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam menangani dan menguruskan pinjaman PTPTN kepada masyarakat yang memerlukan supaya benar-benar telus dan amanah... PTPTN ini dijadikan isu kerana ianya membebankan lepasan ijazah dan diploma, dan terdapat sedikit insur riba di mana setiap pinjaman akan ada bunga, dan jika x dibayar akan ditambah bunga tersebut,,,(dah macam ah long laa)...isu ini juga dibangkitkan PKR kerana kebanyakan negara lain seperti GREECE FINLAND dan banyak lagi telah lama mengamalkan dasar pendidikan sacara percuma sejak dulu lagi...Namun!! Adakah ianya masih relevan dengan corak kemerosotan ekonomi sekarang???adakah pelajar akan menghargai ilmu memandangkan ianya akan dipelajari secara percuma???
Sepanjang perdebatan yang berlangsung, kedua-dua belah pihak saling membuka pekung terhadap satu sama lain...
Dari pihak PKR:


  1. PKR menuduh Barisan Nasional seleweng duit rakyat melalui penggunaan wang PETRONAS yang              bernilai berjuta-juta ringgit tetapi kesannya amat sedikit terhadap sektor pendidikan,
  2. Kerajaan tak mengutamakan sektor pendidikan sebagai penjana utama negara dengan memberi keutamaan kepada Projek-projek Mega Pembangunan, 
  3. Isu blacklist nama peminjam yang hanya beberapa ringgit ja pinjaman mereka dan tidak kes Dato Sharizad sekeluarga yang membuat pinjaman berjuta-juta ringgit yang masih x dibayar2 dan ada isu penyelewengan namun tiada tindakan blacklistt..main kroni ke??

Dari pihak BN :


  1. BN menunjukkan kegagalan PKR di negeri Selangor bukan dalam menepati segala janji-janji semasa pilihan raya yang lepas.
  2. BN menunjukkan Pakatan Rakyat x sependapat daam kes ini
  3. Dengan terhapusnya PTPTN ini, nasib IPTA akan terganggu dan mungkin akan ditutup sekiranya PTPTN ditukarkan kepada biasiswa. Mana PKR nak membela nasib IPTA ni??
  4. banyak lagi (kena tonton sendiri lah ye?)
Bagi pihak penulis sendiri perdebatan yang berlaku menunjukkan kedua-dua parti ni bukan lah bagus sangat..dengan adanya debat-debat yang mcm ni rakyat boleh tahu kebenaran...Rafizi dan Khairy.J memang power dalam debat..tp adakah apa yang didebatkan itu adalah apa yang sebenarnya yang terjadi? Pendebat ni hebat..siapa yang bergelar pendebat ni mahir memusing kata dan menyebabkan apa yang sepatutnya busuk itu menjadi wangi, hitam itu menjadi putih, kotor itu menjadi bersih...Bagi penulis KJ telah kalah dalam debat ini kerana kebanyakkan isinya lebih kepada menganjing2 si Rafizi ni,manakala Rafizi dilihat lebih banyak fakta dan lebih konkrit fakta-faktanya...anyway,siapa menang debat x semestinya isu yang disokong atau dibangkangnya itu betol...terpulang pada pendengar lain untuk menilai :)..masalah sekarang di negara kita ini adalah RASUAH!! Penulis percaya kedua-dua parti ada sebilangan kecil bilis2 dan jerung2 yang makan duit haram ni..sebab 2 ada ja orang nak mempertikai pentadbiran di Malaysia...marilah kita doa-doakan bersama supaya suasana politik dan negara kita aman dan tak akan dijajah oleh pengaruh asing dan tamak haloba pemimpin yang diamanahkan memimpin,...Penulis juga teruja dengan cabaran pengerusi majlis debat PTPTN tempoh hari yang mencabar perdebatan di antara Anwar Ibrahim dengan Dato Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 'pelan ekonomi negara'...xsabar nak tengok 2 orang kuat ni berdebat...Penulis dah tahu dah sapa yang akan menang :)


3 comments:

  1. guwa pun xsabar nak tgok perdebatan 2 tokoh tu..

    ReplyDelete
  2. gua pon sma.. penulis bila lagi nk berdebat? kekeke

    ReplyDelete