Kenshin Himura

Kenshin Himura

Wednesday 9 May 2012

Guitarra de Música.

Tahukah kalian muzik merupakan satu bentuk seni audio. Digubah oleh seorang komposer .
Dimainkan oleh pemuzik. Terdapat banyak aliran seni muzik yang ada di dunia ini dan pelbagai alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan getaran bunyi yang dapat memberi kesan kepada yang mendengarnya. Namun pun begitu pada zaman ini banyak masyarakat lebih menghargai suara seorang penyanyi berbanding nilai kreativiti seorang pemuzik dalam sesebuah karya. Kerana bagi penulis pemain muzik atau bermain alat muzik itu lebih memerlukan seni dan tahap teknikal yang tinggi.


Oleh itu, penulis ingin menceritakan tentang 'musical instrument' yang paling kuat pengaruhnya pada zaman ini iaitu:~~~~~>GITAR


 Gitar merupakan satu alat muzik yang paling versatile selepas piano dan paling banyak diguna pakai dalam kebanyakan skor atau 'music sheet'. Pelbagai Genre yang dapat dimainkan oleh alat muzik ini seperti Jazz, Rock, Metal, Akustik, Blues, Country, Jawa, Melayu Tradisonal, Flamenco, Raggae, dan bermacam lagi. kalau nk dibandingkan dengan Violin, Cello, Brass(Trumpet,Horn) memang xdapat dinafikan Gitar memang lebih maju dalam semua genre.
Terdapat pelbagai jenis gitar, antaranya:






1.Flamenco Guitar = fred yang lebih pendek dan tali nylon digunakan sebagai ganti kepada tali asal gitar.
Banyak dimainkan dalam lagu-lagu sepanyol dan mexicans.




2.Akustik Guitar=gitar ini adalah yang paling digemari dan mudah didapati. menggunakan tali tangsi.


3.Classical guitar= Gitar ini banyak digunakan dalam persembahan classical atau okestra yang memainkan lagu-lagu klasik.Juga turut menggunakan tali nylon sebagai ganti kepada tali tangsi.




4.Electric Guitar= Guitar ini adalah yang paling versatile dengan pelbagai attachment of 'pedal effect' yang dapat mempelbagaikan variasi bunyi yang dapat dikeluarkan oleh gitar ini. Banyak digunakan dalam persembahan muzik bergenre Rock, Heavy Metal, Punk Rock, Rock n' Roll. 




5.12th string guitar= keunikan guitar ini adalah mempunyai 12 tali tangsi sebagai tali gitar. bebrbeza dengan gitar2 lain yang hanya ada 6 tali...gitar ini mengeluarkan nada yag lebih harmony dan unik..dan selalunya dimainkan untuk lagu-lagu balada,akustik dan solo song .kerana sekiranya dimainkan dalam muzik rock atau metal keunikan bunyi doube stringnya xkan dapat didengari dengan jelas



No comments:

Post a Comment