Kenshin Himura

Kenshin Himura

Tuesday 15 May 2012

Penjajahan Kita...Menjajah Masa

Assalamualaikum, Bismillah.....

Penjajahan Palestin

  


    Anak2 muda pada zaman sekarang sudah tentu banyak menggunakan masa terluang mereka dengan lebih banyak hiburan. Penulis x menganggap perkara ini sebagai satu masalah besar kerana penulis sendiri memang amat memintai muzik dan tahu serba sedikit bermain gitar. Namun, kita dapat lihat kebanyakkan daripada anak-anak muda di Malaysia terlalu mengagungkan industri tersebut sehingga menjadikan kumpulan-kumpulan atau individu pemuzik itu sebagai idola dan contoh teladan mereka. Tahukah anda contoh terbaik sepanjang zaman dan wajib dijadikan idola umat islam adalah Rasululluh SAW?? Remaja zaman ini terlalu dikotori minda dengan pencemaran media. Terlalu banyak masa dibuang dengan perkara yang sia-sia... terlalu banyak fitnah kehidupan dan terlalu banyak juga yang menelannya hidup2...

Penjajahan Malaysia


Ramai yang terlupa tanggungjawab sebagai seorang Hamba Allah dan mengagung2kan wang, kedudukan, fashion, dan aset dunia sebagai harta dunia yang disangka yang mampu dibawa ke akhirat...ke remaja sekarang terlupa akan fakta bahawa even anak dan bini x akan dapat menolong anda di akhirat dan liang lahad kelak??? penjajahan oh penjajahan... ini belum penjajahan bumi Palestin dan Liga Arab pon kita dah tumbang....kau lihat ramai yang berFB?? ramai yang melepak?? ramai yang melangkah ke konsert2 GIGS?? ramai yang mensia-siakan setiap pointer universiti?? ramai yang xmampu menunaikan solat walaupun dirinya mampu untuk bermain sukan sampai berjam-jam lamanya?? ramai yang melakukan adegan sumbang dengan bukan mahram mengucap alhamdulillah bersyukur dan dikatakan nya ini adalah kehendak pengarah dan skrip??apa pula kehendak agama??? ramai yang mensiakn masa...penulis amat mengenali masa sejak bergelar seorang pelajar medik...masa terlalu pantas berlalu sehingga x disangka ianya telah 9 bulan melepasi sejak memulakan tahun ke 2 undergrade...masa itu emas...baru penulis tahu masa itu lebih berharga dari emas...jangan kita dah sampai usia yang lanjut baru kita nak terbongkok-bongkok ke masjid, mata yang dah kabur xdapat pula kita membaca al-Quran, otak yang dah kurang potensi baru kita nak mencari ilmu....anak-anak dah derhaka baru kita nk mendidik.... jangan jadikan diri kita seseorang yang rugi dengan masa...masa xpenah merugikan kita padahal kita yang merugikan masa....kerana kawan-kawan terbaik kita pon xakan dapat menghentikan masa kita untuk dijadikan ianya lebih bermakna. Jangan sampai kita dijajah Dajal baru kita nak terkontang kanting mencari Ilmu..kerana Ilmu Allah SWT itu telah wujud sejak kita belum mengenali siapa itu ibu.


No comments:

Post a Comment